fbpx

VPCM lancar Tiguan Allspace baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erik Winter bersama Volkswagen Tiguan Allspace R-Line Allspace 4MOTION di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. /FOTO AFIF HAFIZ MOHD. NOR

SHAH ALAM – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Tiguan Allspace dengan menawarkan dua varian.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, dua varian ditawarkan untuk model itu dipasang di Pekan Pahang pada harga bermula RM174,745.68.

Katanya, Tiguan Allspace tujuh tempat menawarkan ruang sangat luas yang mendahului kelasnya dengan 1,775 liter.

“Sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) moden yang dinamik, ia merupakan teman terbaik buat mereka yang berkeluarga dan juga yang mempunyai gaya hidup aktif.

“Kedua-dua varian itu menerima gril yang telah direka semula, bampar hadapan baharu dan lampu utama lebih kemas,” katanya di Pusat Konvensyen Setia City, di sini hari ini.

Tambahnya, naik taraf rekaan termasuklah jalur lampu LED dan perkataan ‘Tiguan’ pada bahagian belakang dengan logo baharu Volkswagen.

“Penambahbaikan juga dapat dilihat pada ruang dalaman SUV berkenaan dengan melibatkan sistem infohibur Discover Pro bersaiz ‘9.2’ generasi baru yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, arahan suara, sistem navigasi binaan dalam dan banyak lagi.

“Stereng sports multi fungsi kini boleh beroperasi melalui butang kawalan haptik untuk ketersambungan yang lancar. Butang-butang dan tombol panel pendingin hawa juga telah dinaik taraf,” tambahnya.

Jelasnya, beliau percaya bahawa model-model baharu Tiguan Allspace merupakan pencabar kuat dalam segmennya.

“SUV semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami nampak peluang untuk menawarkan SUV premium yang berbaloi kepada pengguna.

“Tiguan Allspace ialah sebuah SUV yang serba lengkap dan mampu menawarkan lebih lagi dari segi ruang, prestasi dan nilai,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI