fbpx

Kebab sahabat karib di PAU 2021 jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ehsan (kanan) dan Kamaruddin di gerai kebab mereka di WTC Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Rakan karib sejak 30 tahun lalu, Ehsan Sirat, 60, dan sahabatnya Kamarudin Sharul, 53, mempertaruhkan kebab air tangan mereka sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sejak Rabu lalu.

Pengalaman kali pertama berniaga ketika berlangsung­nya PAU kali ini merupakan pengalaman berharga bagi dua sahabat istimewa ini.

Bagi Ehsan, pada Rabu lalu perniagaan mereka berdua agak perlahan kerana tapak niaga sedikit jauh dari pandangan orang ramai, namun setelah berpindah tapak sejak Khamis lalu, perniagaan mereka semakin memberangsangkan.

“Ini tahun pertama kami di PAU, hari Rabu perlahan sikit berniaga sebab tapak kami tidak strategik. Namun, selepas berpindah sini, alhamdulillah agak memberangsangkan.

“Saya lihat memang ramai yang hadir ke WTC, harapnya di sini ada rezeki kami selama beberapa hari ini,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, sebelum ini ramai menyatakan, pada PAU saban tahun keadaannya begitu ­meriah dengan kehadiran perwakilan serta orang-orang penting dalam kerajaan.

“Ternyata, setelah datang sendiri di sini keadaan serta suasana memang meriah. Sebelum ini saya tahu dengar orang cakap sahaja.

“Saya boleh lihat sendiri orang-orang yang biasa kita tengok dalam televisyen sahaja, kali ini ada di depan kita. Saya harap hadirin mendapat manfaat pada PAU kali ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI