fbpx

Diminati ramai, ini respons Han So-hee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

PEMINAT dan penonton setia K-Drama pastinya mengetahui aktres cantik Han So-hee antara yang meningkat naik dan sentiasa menjadi rebutan penerbit.

Menerusi temu bual dalam sebuah program televisyen, So-Hee ditanya tentang faktor atau kelebihan yang menyumbang penerimaan peminat dan industri terhadap dirinya.

“Saya sendiri tak pasti apa pesona saya dan apa yang membuatkan anda sukakan saya hingga ke saat ini.

“Disebabkan tidak tahu, saya cuba lakukan apa sahaja dengan baik secara berterusan dengan penuh dedikasi seperti sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai visinya sebagai pelakon, So-hee mahu menjadi aktres yang dapat menjiwai semua watak yang diberikan tanpa wujud rasa tertekan.

“Saya mahu mengekspresikan apa sahaja naskhah yang diberikan dengan lebih berhati-hati dan tegas.

“Saya tahu itu bukan mudah, tetapi saya yakin boleh melakukan yang terbaik pada masa hadapan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI