fbpx

Wajib buat ujian PCR sebelum bertemu Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajib buat ujian PCR sebelum bertemu Jokowi

JAKARTA – Sekretariat Presiden Indonesia menegaskan setiap tetamu yang mahu bertemu dengan Joko Widodo atau Jokowi di Istana Presiden perlu menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 sebelum menghadiri perjumpaan.

Menurut laporan laman berita Tribunnews, meskipun kadar jangkitan wabak itu menunjukkan penurunan, namun pihak Istana Presiden enggan mengambil sebarang risiko berkaitan kesihatan Jokowi.

Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono berkata, sikap berhati-hati masih diperlukan bagi mengelak penularan jangkitan itu.

“Setelah berbincang dengan Sekretariat Ketenteraan, Pasukan Keselamatan Presiden dan Pasukan Perubatan Presiden, kami tetap melaksanakan protokol kesihatan yang ketat di dalam lingkungan istana,” kata Heru.

Di bawah peraturan itu, tetamu yang akan berjumpa dengan Jokowi dikehendaki melakukan ujian calitan PCR sehari sebelum atau dalam tempoh 24 jam dari keputusan ujian PCR terakhir.

Kewajipan itu bukan sahaja dikenakan kepada tetamu presiden yang akan bertemu di Istana, bahkan ketika beliau membuat lawatan kerja.

“Justeru itu, kami mohon kerjasama daripada pemimpin pejabat daerah atau wilayah yang akan menyambut atau mendampingi presiden ketika berada di kawasan mereka untuk melakukan ujian PCR terlebih dahulu,” jelasnya.

Sementara itu, Heru juga memohon maaf kepada semua wakil pemimpin di mana-mana peringkat yang dinafikan slot untuk bertemu Jokowi sekiranya mereka hanya menunjukkan hasil ujian antigen pantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI