fbpx

Rusia selar Biden bom penduduk dunia selepas dilabel ‘penjenayah perang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INI adalah kali pertama Biden menggunakan bahasa sedemikian untuk mengutuk Putin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggelar Vladimir Putin sebagai ‘penjenayah perang’ dalam satu tindakan yang dilihat mungkin meningkatkan lagi ketegangan diplomatik antara Washington dengan Moscow, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Kenyataan itu disampaikan secara tidak langsung sebagai jawapan kepada soalan seorang wartawan di White House.

Ini adalah kali pertama Biden menggunakan bahasa sedemikian untuk mengutuk Putin. White House kemudian menganggap bahawa presiden AS itu bercakap dari hatinya.

Sebagai membalas kenyataan tersebut, Kremlin berkata, ia adalah retorik yang tidak boleh dimaafkan. 

“Kami percaya retorik seperti itu tidak boleh diterima dan dimaafkan setelah dikeluarkan oleh seorang ketua negara yang mana bomnya telah membunuh ratusan ribu penduduk di seluruh dunia,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia Tass. 

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki kemudiannya berkata, Biden telah bercakap dari hatinya selepas melihat gambaran keganasan di Ukraine, namun beliau tidak membuat sebarang pengisytiharan rasmi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI