fbpx

Menteri Kewangan nafi letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah meletak jawatan.

Menerusi hantaran di Facebook, katanya, ketidakhadiran di Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pagi tadi adalah kerana hal kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pagi ini.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan semalam. Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai menteri kewangan.

“Ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan menteri lain, katanya.

Selain itu, katanya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) soalan MQT, hanya menteri sahaja yang boleh memberikan jawapan.

“Terima kasih Yang Berhormat (YB) Menteri Agama kerana membacakan jawapan saya. Semua soalan tambahan akan saya sediakan jawapan secara bertulis.

“Saya meminta maaf kepada YB Padang Serai serta YB Tumpat dan YB Pokok Sena atas kesulitan yang telah berlaku,” katanya.

Tambahnya lagi, berkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah di Parlimen, ia sememangnya dalam perancangan.

“Sebenarnya, ini memang berdasarkan perancangan kita. Tahun lepas pun, timbalan menteri kewangan juga yang bentangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul membuat kenyataan berkenaan susulan laporan sebuah media hari ini yang mengatakan beliau sudah meletak jawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI