fbpx

Aktiviti seludup, beli pukal punca bekalan minyak masak subsidi kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pembelian dalam kuantiti yang banyak oleh peniaga dalam satu-satu masa dan aktiviti penyeludupan di negara jiran antara punca utama kekurangan bekalan minyak masak subsidi polibeg di kedai-kedai runcit dan pasaraya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, seperti sedia maklum, syarikat-syarikat pembungkus minyak masak hanya diberi kuota pengeluaran minyak masak subsidi polibeg satu kilogram.

“Walaupun Kerajaan menetapkan minyak masak subsidi polibeg hanya untuk kegunaan isi rumah domestik, namun peniaga-peniaga kecil dan sederhana turut mengambil peluang menggunakan minyak terbabit bagi mengurangkan kos operasi dalam perniagaan mereka.

“Selain itu, harga yang rendah berbanding negara-negara jiran telah menyebabkan minyak masak polibeg di Malaysia menjadi antara barangan yang sering diseludup keluar.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku gangguan pembekalan di peringkat pemborong terutama menjelang hujung bulan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkenaan punca sebenar kekurangan minyak masak paket bersubsidi dan mekanisme yang paling sesuai bagi mengekang penyelewengan serta aktiviti penyeludupan.

Isnaraissah juga bertanyakan mengenai tindakan keras dalam memerangi kegiatan mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai oleh sindiket yang jelas membahayakan kesihatan rakyat Malaysia.

Rosol berkata, pihak kementerian telah menjalankan 6,955 pemeriksaan ke atas premis-premis yang terbabit dalam urusniaga minyak masak bermula awal januari sehingga 28 Februari lalu.

Menurutnya, sebanyak 25 kertas siasatan telah dibuka dan 94 premis masih dalam tindakan pengauditan.

“Setakat ini, 15 syarikat pembungkus telah digantung kuota skim minyak masak (COSS) dan lima syarikat pemborong telah digantung lesen urusniaga minyak masak (Lesen Borong CSA),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI