fbpx

Afbatni Travel fokus keselesaan ibadah jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi pakej umrah Afbatni Travel untuk pilihan bakal jemaah umrah.

KLANG – Afbatni Travel & Services Sdn. Bhd. (Afbatni Travel) syarikat bumiputera yang baharu dalam segmen penye­diaan perkhidmatan umrah dan pelancongan, optimis untuk menguasai pasaran tempatan meskipun berdepan dengan persaingan daripada syarikat penyediaan perkhidmatan umrah yang berpengalaman dan sudah lama berada di pasaran.

Pengurus Besar Afbatni Travel, Ahmad Luqman Mohd. Arif berkata, meskipun syarikat masih baharu dalam pasaran tetapi kakitangan di belakang tabir menguruskan hal ehwal dan segala perkhidmatan termasuk mutawif terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Menurut beliau, tumpuan pasaran selain kepada bakal jemaah yang pertama kali menunaikan umrah adalah kepada mereka yang sudah berpengalaman berada di Tanah Suci tetapi mahukan perkhidmatan lain untuk kunjungan kali ini yang mungkin syarikat pesaing tidak dapat penuhi.

Sehubungan itu, beliau mengehadkan cuma kira-kira 25 jemaah sahaja dalam satu-satu perjalanan dan syarikat bakal membuat dua kali perjalanan umrah setiap bulan bagi membolehkan petugas khususnya seorang mutawif dan seorang pembimbing dapat memberi fokus kepada pelanggan.

“Perjalanan umrah pertama syarikat akan bermula pada bulan April tahun ini dan sehingga sekarang kami telah mendapat jumlah tempahan yang baik daripada pelanggan,” katanya ketika ditemui di pejabat Afbatni di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengasas syarikat Afbatni Travel. Datuk Mohd. Shahrul Nizam Mustapa dan juga Pengurus Operasi Umrah, Mohamad Zailani Anuar.

Imam Muda Faris juga adalah antara mutawif yang telah membawa jemaah umrah ke Tanah Suci baru-baru ini.

Mengulas mengenai harga pakej, beliau memaklumkan, harga tawaran bermula pada RM7,650 untuk empat orang dalam satu bilik penginapan bagi pakej ekonomi Makarem Ajyad sehingga RM8,390 untuk dua orang satu bilik.

Bagi pakej platinum Safwah, ia menawarkan kadar harga se­rendah RM8,150 seorang untuk penginapan empat orang dalam satu bilik sehingga RM8,960 seorang untuk penginapan dua orang dalam satu bilik.

Pakej umrah selama 12 hari 10 malam beserta makan dan minum tiga kali sehari itu akan turut memasukkan visa pelancongan termasuk insurans yang berkaitan Covid-19, ujian PCR di Arab Saudi berharga RM230 dan satu set beg umrah eksklusif.

Tambah Ahmad Luqman, bersandarkan kepada gaya hidup pelanggan yang memerlukan lebih daripada apa yang sering ditawarkan oleh syarikat umrah yang lain, Afbatni Travel bersedia menjadikan pakej tersebut sebagai satu ‘custom made’ mengikut bajet pelanggan.

“Sama ada mereka mahu menaiki tren dari Madinah ke Mekah atau mahu menempah MPV yang besar berbanding bas sebagai kenderaan utama untuk memuatkan ahli keluarga atau melawat tapak sejarah Perang Badar, kami sedia memenuhi permintaan mereka.

“Inilah keunikan syarikat kami yang memfokuskan kepada kumpulan jemaah yang kecil yang mana kami sangat mementingkan ‘personal touch’ dan jemaah umrah merasakan diri mereka sentiasa dijaga oleh mutawif dan pembimbing agar mereka rasa selesa beribadat dan selamat di sana,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI