fbpx

Tiada DNA babi dalam gegelung sotong tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan dalam sampel gegelung sotong sejuk beku yang tular baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengambil maklum isu yang tular di media sosial berhubung gegelung sotong sejuk beku yang dikatakan mengandungi rektum babi.

Sehubungan itu, ujarnya Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor serta Johor Bharu.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan yang telah dijalankan, beberapa produk ditemukan dan pihak KPDNHEP telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

“Sampel-sampel daripada produk terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk tujuan mengenal pasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

“Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat-maklumat terutama dalam media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI