fbpx

5,571 perwakilan bakal gegarkan PAU 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,571 perwakilan bakal menggegarkan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) apabila Perhimpunan Agung UMNO membuka tirainya bermula esok.

Daripada jumlah tersebut, seramai 959 orang perwakilan akan menyertai Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, 971 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda manakala 961 perwakilan terlibat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.

Menambahkan kemeriahan 61 perwakilan Mahasiswa Nasional juga akan turut terlibat pada PAU kali ini bagi menyaksikan kegemilangan himpunan terbabit kali ini.

Di sebalik kegamatan yang bakal disaksikan bermula esok sehingga 19 Mac nanti, prosidur operasi standard (SOP) turut menjadi keutamaan penganjurannya apabila kesemua perwakilan yang hadir perlu lengkap vaksinasi.

Bagaimanapun, PAU kali ini diibarat seperti permulaan kembalinya momen kemegahan yang begitu sinonim dengan penganjurannya apabila sepenuhnya dianjurkan secara fizikal.

Dalam pada itu, prestasi yang dilakar UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta hala tuju Muafakat Nasional (MN) yang dirintis bersama Pas dijangka akan menjadi antara isu yang diangkat perwakilan pada PAU kali ini.

Selain itu, perhimpunan berkenaan turut menjadi platform terpenting parti politik terbesar Melayu itu untuk membincangkan dan mengatur strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI