fbpx

Wanita pelik jumpa darah bentuk tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kesan tompokan darah didakwa muncul secara tiba-tiba di sebuah rumah.

PETALING JAYA – Tular sebuah gambar di laman sosial menunjukkan kesan tompokan darah yang didakwa muncul secara tiba-tiba di sebuah kediaman baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Twitter @ddgafdat, perkara itu mula disedari olehnya ketika bangun pagi dan telah menimbulkan tanda tanya apabila darah yang ditemui bukan miliknya.

“Bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku ingat ni darah haid ke apa tapi bila cek bukan .

“Lepastu, sebab dia nampak kesan macam tangan , aku lihat tangan dan kaki aku tetapi tiada apa-apa.

“Kesan darah tu ada di lantai dan seperti diseret ke bawah katil,” ciapnya dalam satu hantaran.

Bagaimanapun, masa dan lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dikenal pasti.

Jelasnya lagi, kesan darah itu juga bukan milik haiwan atau serangga kerana dia tidak mempunyai sebarang binatang perliharaan.

“Kalau nak cakap kucing tangkap tikus atau tikus mati adalah tidak masuk akal sebab rumah tiada kucing dan tikus,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi berikut.

“Saya nak kongsi sikit pengalaman saya ‘bersihkan’ rumah. Kena azankan kat tengah-tengah rumah. Buat tiga hari berturut,” kata ezzmo.

“Dulu penah jadi juga dekat rumah kat kampung . Kami bangun pagi tengok ada darah dekat depan pintu (dalam rumah). Ada juga kesan jari macam ni,” luah anysnatrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI