fbpx

Tanah runtuh : 15 rumah diarah berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelongsoran tanah runtuh terbaharu kelmarin mengakibatkan 15 rumah diarah untuk dikosongkan serta-merta buat sementara waktu.

AMPANG JAYA – Sebanyak 15 rumah dinasihatkan untuk mengosongkan kediaman dan berpindah sementara selepas kejadian gelongsoran tanah baharu di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 1 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian gelongsoran tanah yang agak besar itu dikesan berlaku pada pukul 7 malam kelmarin.

“Kejadian berlaku di lokasi sama kejadian tanah runtuh pada Khamis lalu, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan atau kemusnahan harta benda.

“Bagaimanapun, kejadian terbaharu ini dikhuatiri memberi kesan kepada satu deretan kediaman di Taman Bukit Permai 1 yang terletak di atas bukit dan berada hampir dengan kawasan tanah yang runtuh.

“Ini kerana, kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati kedudukan tanah tidak stabil dan boleh menjejaskan keselamatan penduduk berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pemantauan keadaan dari semasa ke semasa akan dijalankan dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan bagi kediaman penduduk berhampiran yang lain.

“Setakat hari ini belum ada arahan baharu dikeluarkan bagi penghuni rumah yang lain,” ujarnya.

Terdahulu, satu insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyebabkan empat mangsa maut, seorang cedera ringan selain 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI