fbpx

Kereta terbakar ada kaitan kegiatan seludup bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang memadamkan kebakaran sebuah kereta di stesen minyak di Rantau Panjang hari ini.

PASIR MAS – Sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang di sini hari ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal di tempat kejadian, terdapat tong plastik di dalam kereta tersebut yang disyaki diguna untuk mengisi minyak bagi tujuan penyeludupan.

Menurutnya, pekerja pam di stesen minyak berkenaan turut memaklumkan telah melihat api menyala dari bahagian bawah kereta tersebut semasa seorang lelaki sedang mengisi petrol tersebut di pam bernombor tujuh.

“Api tersebut kemudian telah merebak ke bahagian belakang kereta dan lelaki tersebut terus melarikan diri. Saksi turut memaklumkan tiada unsur khianat yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, berdasarkan risikan dan maklumat orang awam, pemandu kereta itu dipercayai berusia 36 tahun.

Katanya, sehubungan dengan itu, polis sedang mengesan suspek yang beralamat di Rantau Panjang itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI