fbpx

PRN Johor : Pas, Warisan catat prestasi hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Berdasarkan laporan tidak rasmi Pas sekadar memenangi satu daripada 15 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calonnya, Abdul Aziz Talib memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dalam persaingan sengit enam penjuru bagi kerusi tersebut.

Abdul Aziz menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Bebas.

Bagaimanapun Pas terpaksa akur parti itu kehilangan satu-satunya kerusi DUN Johor dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) kepada BN kali ini.

Keputusan itu menunjukkan penyertaan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) masih belum memberi impak positif buat parti tersebut setakat ini.

Manakala, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang bertanding sebanyak enam kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi dalam PRN Johor.

Sekali gus menimbulkan persoalan sama ada Warisan mampu memberi saingan jika bertanding di Semenanjung Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pas dan Warisan berhubung prestasi hambar kedua-dua parti itu dalam PRN Johor hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI