fbpx

PRN Johor: Berkerusi roda tidak halang warga emas keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliah (dua dari Kiri) meninggalkan pusat mengundi setelah selesai membuang undi di Dewan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengundi warga emas di Pusat Mengundi Dewan Kampung Melayu berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan khususnya bagi mereka yang berkerusi roda.

Bagi Norliah Atan, 65, mereka tidak perlu menunggu lama dan proses untuk membuang undi berjalan dengan lancar selain tempatnya yang selesa.

“Bagi makcik yang sakit lutut dan menggunakan kerusi roda ini, proses mengundi berjalan dengan baik walaupun pergerakan terbatas.

“Setidak-tidaknya makcik dapat juga menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih wakil rakyat yang akan membela nasib penduduk setempat.

“Makcik nasihatkan supaya orang muda yang sihat tubuh badan mereka untuk keluar mengundi bagi tentukan masa depan bangsa Johor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi Fatemah Atan, 70, pula, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat membantu dalam memudahkan urusannya menjalankan hak sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, walaupun tidak kuat untuk berjalan, namun tetap bersemangat menjadi antara terawal ke pusat mengundi dengan ditemani anaknya, Norhafizah Sain, 35.

“Makcik tidak pernah terlepas peluang untuk mengundi sebelum dan pastinya tak akan melepaskan peluang kali ini,” katanya yang sudah mengundi 10 kali pada pilihan raya umum sebelum ini.

Petugas SPR memberitahu, sebuah kerusi roda disediakan di pusat mengundi bagi kegunaan pengundi yang memerlukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI