fbpx

Tiada pemeriksaan status vaksinasi di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada penjarakan sosial dan juga pemeriksaan status vaksinasi di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi bermula kelmarin. - Saudi Times

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membatalkan pemeriksaan status vaksinasi bagi individu yang memasuki Masjidil Haram di kota suci Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah bermula kelmarin, lapor akhbar Saudi Gazette.

Keputusan tersebut dibuat selepas kementerian mengkaji perkembangan semasa utama  berkaitan pandemik Covid-19.

Kementerian juga membatalkan syarat pendaftaran data imunisasi bagi mendapatkan permit umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.

Semua langkah penjarakan sosial di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga telah dibatalkan tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Kementerian sama  juga menyatakan  pemansuhan keperluan untuk mengemukakan keputusan ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) semasa ketibaan bagi jemaah haji warga asing dan pemansuhan keperluan kuarantin bagi jemaah luar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI