fbpx

Saintis temui ‘ikan pelangi’ di Maldives

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan ikan becok jenis rose-veiled fairy yang baru ditemukan oleh saintis. – Yi-Kai Tea/ Luiz Rocha/ California Academy of Sciences curator of ichthyology.

MALE, MALDIVES – Saintis-saintis dilaporkan menemui ikan becok berwarna pelangi yang menakjubkan dan hidup yang di ‘zon senja’ di luar pantai Kepulauan Maldives, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ikan becok jenis rose-veiled fairy dan berwarna-warni itu adalah penemuan baharu dalam dunia sains. Ia ditemui hidup pada kedalaman antara 40 hingga 70 meter di bawah permukaan laut.

Ia diberi nama saintifik Cirrhilabrus finifenmaa untuk menghormati bunga kebangsaan Maldives iaitu bunga mawar merah jambu. Finifenmaa bermaksud mawar dalam bahasa tempatan.

Spesis berkenaan adalah yang pertama ditemukan oleh saintis Maldives, Ahmed Najeeb yang merupakan pengarang bersama kajian dan ahli biologi di Institut Penyelidikan Marin Maldives.

‘’Saintis asing selalu menggambarkan spesies yang ditemui di Maldives tanpa banyak melibatkan saintis tempatan, malah mereka yang endemik di Maldives,’’ katanya dalam satu kenyataan.

“Penemuan kali ini adalah berbeza dan buat pertama kalinya mengujakan terutama selepas berpeluang bekerja bersama pakar iktiologi terkemuka dan menemukan spesies yang begitu elegan dan cantik ini,’’ jelas beliau.

Spesies itu pertama kali ditemui 30 tahun lalu tetapi dipercayai adalah jenis Cirrhilabrus rubrisquamis atau ikan becok red velvet fairy. 

Ikan becok merupakan spesies ikan berwarna terang yang diketahui bertukar warna apabila menjadi dewasa, demikian menurut pengarang kanan kajian, Luiz Rocha dari Akademi Sains California.

Menurutnya, spesies ikan berkenaan pada usia remaja kelihatan sangat serupa dan ciri-ciri yang berbeza hanya dapat dikenal pasti apabila ia meningkat dewasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI