fbpx

Paqueta julang kemenangan Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAQUETA (dua dari kanan) muncul wira Lyon dalam kemenangan 1-0 ke atas Porto pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa awal pagi semalam. - AFP

PORTO – Perancang tengah Lyon, Lucas Paqueta terus membuktikan kualiti hebatnya apabila kali ini muncul wira dalam kemenangan 1-0 ke atas Porto pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Europa awal pagi semalam.

Bintang Brazil berusia 24 tahun itu memastikan ke­lebihan menjadi milik Lyon dengan gol tunggal perlawanan selepas menyem­purnakan hantaran daripada Tanguy Ndombele pada minit ke-58.

Pengendali Lyon, Peter Bosz berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum seperti ditunjukkan dalam babak kedua dalam usaha menjuarai gelaran Eropah buat kali pertama.

“Porto adalah sebuah pasukan besar yang mempunyai ramai pemain hebat tetapi dari pandangan saya, kami berhak meraih kemenangan ini.

“Begitupun, saya berterima kasih kepada VAR (Video Bantuan Pengadil) kerana membuat keputusan yang betul. Sekarang kami sudah separuh perjalanan untuk ke suku akhir,” katanya.

Kecemerlangan Paqueta pasti­nya terus menjadi pertaruhan Lyon menjelang aksi timbal balik di Stadium Groupama pada 18 Mac depan.

Justeru, tidak hairan mengapa Paqueta ketika ini menjadi rebutan banyak kelab besar di Eropah antaranya Arsenal, Newcastle United dan Paris Saint-Germain (PSG) dengan harga bernilai £34 juta (RM187.18 juta).

Sebagai rekod, Paqueta kembali menikmati permainan terbaiknya sejak menyertai Lyon daripada gergasi Itali, AC Milan pada September dua tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI