fbpx

Penyelia maut kena serangan jantung, rempuh pam minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan Nissan Frontier yang merempuh dua pam minyak di Teluk Gedung Indah, Klang.

KLANG – Seorang penyelia tapak maut selepas terkena serangan jantung ketika memandu kenderaan jenis pacuan empat roda lalu merempuh dua buah masing-masing pam minyak dan kenderaan lain di sebuah stesen minyak di Teluk Gedung Indah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 pagi itu, Lim Thiam Kee, 60, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden itu kemudiannya tular menerusi aplikasi TikTok berdurasi 19 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sebelum kejadian lelaki warga emas itu yang memandu pacuan empat roda jenis Nissan Frontier sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga lampu isyarat Teluk Gedung Indah.

Katanya, mangsa bagaimanapun secara tiba-tiba diserang penyakit jantung.

“Situasi itu menyebabkan mangsa telah terpijak pedal minyak lalu bergerak terus ke arah stesen minyak dan merempuh sebuah kereta jenis Nissan dan Yamaha Y15zr dipandu lelaki berusia 22 dan 65 tahun.

“Pihak bomba yang sampai di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tiada kecederaan luar ditemui pada mangsa yang kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI