fbpx

GLC komited sokong pemulihan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat ketika mengadakan lawatan ke tapak pameran sempena Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 yang berlansung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini. FOTO : MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menzahirkan komitmen untuk terus menyokong usaha kerajaan bagi mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, sebagai salah satu daripada institusi pelaburan terbesar Malaysia dengan dana di bawah pengurusan melebihi RM300 bilion, pihaknya akan terus meningkatkan kekayaan rakyat.

“PNB telah membuktikan daya tahan tinggi dan mampu menjana pulangan kewangan berpatutan, selaras usaha kami memenuhi mandat yang diberikan oleh para pemegang unit.

“Bagi meneruskan misi ini dalam landskap pelaburan global yang kian berubah, PNB akan memperkenalkan Rangka Kerja Kelestarian untuk menjadi pendukung amalan terbaik dalam bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus, atau ESG dalam semua proses pelaburan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Hari Terbuka GLC yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ekosistem GLC dan GLIC kini merangkumi kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada 500,000 rakyat dan merupakan antara penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, selaras dengan mandat pihaknya untuk menyampaikan nilai mampan bagi rakyat, Khazanah menggunakan strategi pelbagai serampang bertujuan menyampaikan nilai kepada semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI