fbpx

Amaran ribut petir di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di empat negeri malam ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, amaran ribut petir telah dikeluarkan melibatkan negeri Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Jelasnya, di Johor, antara kawasan yang sedang mengalami hujan lebat serta ribut petir adalah sekitar Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, cuaca buruk ini turut tertumpu di Kapit, Sarawak serta beberapa daerah di Sabah.

“Antaranya adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid) dan Kudat (Kota Marudu) serta keseluruhan kawasan Labuan.

“Selain itu, keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 11 malam nanti,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI