fbpx

Syarikat Jepun jual bunker mudah alih untuk berlindung daripada peperangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bunker ini berupaya melindungi penggunanya daripada bencana alam seperti banjir dan juga serangan nuklear atau radiasi. - WNIshelter

TOKYO – Sebuah syarikat Jepun menjual bunker perlindungan logam yang boleh dipasang di pangsapuri dan rumah kecil, untuk perlindungan daripada bencana alam serta serangan radiasi dan peluru berpandu, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

WNIshelter, adalah syarikat penghasilan tempat perlindungan yang direka khusus untuk melindungi pengguna daripada bencana alam seperti gempa bumi dan banjir sehingga serangan peluru berpandu serta radiasi.

Tempat perlindungan itu didatangkan dengan sistem penapisan udara tersendiri dan dalam pelbagai saiz yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang dalam satu-satu masa.

Kepelbagaian saiz tempat perlindungan itu juga membuatkan ia muat untuk disimpan di kediaman jenis pangsapuri.

“Situasi semasa di Ukraine dan kekerapan pelancaran peluru berpandu di Korea Utara menjadikan waktu ini sebagai masa paling sesuai untuk mempromosikan tempat perlindungan seperti ini.

“Dapatkan tempat perlindungan nuklear dari WNIshelter sebagai persiapan waktu kecemasan,” demikian menurut kenyataan di laman web rasmi syarikat.

Syarikat itu mendakwa bahawa tempat perlindungan itu boleh menghalang sebatian radioaktif dan bahan cemar lain daripada masuk.

Sistem penapisan Rainbow 72R yang digunakan juga dikatakan mampu menghalang 99.99 peratus daripada pelbagai bahan berbahaya yang terkandung dalam udara luar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI