fbpx

PM minta doakan mangsa tanah runtuh berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba sedang bertungkus lumus di lokasi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.

AMPANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat Malaysia agar mendoakan supaya mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang di sini yang masih hilang dapat diselamatkan.

Ismail Sabri berkata, beliau telah dimaklumkan tentang berita sedih tersebut dan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini sedang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dalam usaha mencari mangsa yang masih hilang.

“Kejadian ini mengakibatkan 15 buah rumah dan 10 buah kenderaan. Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dicari itu dapat diselamatkan,” katanya menerusi satu kemas kini di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, KOSMO! ONLINE melaporkan Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian di mana 15 buah rumah telah terjejas akibat tanah runtuh dan dua daripadanya telah tertimbus.

Difahamkan, seramai empat orang mangsa telah dilaporkan tertimbus dalam kejadian tersebut namun dua daripada mereka telah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

Menurutnya, operasi menyelamat seorang lagi mangsa yang tertimbus masih giat dijalankan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI