fbpx

Patung voodoo untuk ‘santau’ Vladimir Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di Di telah menjual 150 patung voodoo Putin sejak mendapat permintaan daripada pelanggannya. - ETSY

TALLAHASSEE, Florida – Seorang wanita di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular selepas dia  didapati menjual patung voodoo menampilkan wajah  Presiden Rusia, Vladimir Putin secara online, lapor akhbar Daily Star semalam.

Patung voodoo jahitan tangan itu merupakan sebahagian daripada amalan ilmu hitam  itu dijual pada harga AS$23.89 (RM99.96).

Pelanggan yang membeli patung itu boleh mencucuk ‘Putin’ dengan jarum tajam, kononnya akan menimbulkan kesakitan kepada pemimpin Rusia itu agar beliau berhenti menimbulkan kekecohan di Ukraine.

Penjual patung yang  bernama Di Di berkata, dia bukanlah seseorang yang taksub mempercayai ilmu magis tetapi berbeza dengan kebanyakannya pelanggannya.

“Saya tidak percaya pada kuasa anak patung voodoo, tetapi saya rasa pelanggan saya percaya.

“Saya mula menjual anak patung voodoo pada Oktober 2014 dan kemudian pada 2016 seorang rakan meminta saya untuk menjahit patung voodoo Donald Trump,” katanya.

Tambah Di Di, dia menjual pelbagai versi patung voodoo yang berbeza sama ada dijahit dengan fabrik penuh dan cetakan digital dengan fabrik.

Dia juga telah menjual 150 patung voodoo Putin setakat ini tetapi patung yang paling laris ialah Donald Trump dan Joe Biden. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI