fbpx

[KEMASKINI] Tanah Runtuh: Dua mangsa selamat dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menyelamat 2 lagi mangsa tertimbus masih diteruskan oleh pihak bomba ketika ini.

AMPANG – Seorang lagi mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang dekat sini berjaya dijumpai oleh pihak bomba sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa merupakan seorang wanita dipercayai penghuni salah sebuah daripada dua kediaman yang tertimbus dalam kejadian itu.

“Mangsa ditemui pada pukul 7.53 malam dan kerja-kerja membawa keluar sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Jelas Norazam, operasi menyelamat dua lagi mangsa masih giat dijalankan ketika ini.

Terdahulu, dalam kejadian petang tadi, kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini.

Dua daripada kediaman berkenaan tertimbus dan terdapat empat mangsa dilaporkan hilang.

Salah seorang mangsa yang juga lelaki warga emas berusia 85 tahun berjaya diselamatkan pada pukul 6.54 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI