fbpx

Antivaksin sebar mesej ubat antiviral Covid-19 ada cip pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa ubat antiviral Paxlovid mempunyai cip pengesan.

PETALING JAYA – Satu tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa ubat antiviral Paxlovid mempunyai cip pengesan yang tular sejak semalam mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Lebih dasyat, mesej itu turut mendakwa sebaik sahaja cip itu masuk ke dalam badan, individu tersebut akan dikawal sepenuhnya termasuk minda mereka.

“Jangan ambil pil antiviral ni. Ia bukan merawat tapi sebenarnya mengawal manusia. sekali dah masuk dalam badan, selamanya akan dikawal.

“Tanpa sedar anda akan patuh apa sahaja arahan yang tunduk kepada geng penyembah syaitan dan akhirnya terkeluar dari agama,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Twitter Dr. Khairul Hafidz, golongan yang menyebarkan mesej itu bukanlah suatu perkara baharu dan mereka ini telah muncul sejak lama.

Menurutnya, selain menolak vaksin, inilah perangai sebenar golongan terbabit yang hanya akan mencari pelbagai alasan untuk melawan.

“Golongan ini rasa mereka penting sangat ke sampai Kementerian Kesihatan (KKM) nak kena buat cip elektronik untuk kawal pemikiran.

“Nak cari duit dari mana, nak dapatkan staf tambahan untuk uruskan semua orang yang kena kawal ni?” ciapnya.

Namun, jelas Khairul, apa yang dia takuti adalah pasti terdapat segelintir individu yang percaya dan sebarkan mesej tersebut.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fadhil turut berkongsi pandangannya terhadap mesej terbabit.

“Solat dah boleh rapat saf. Golongan ni kena cari modal lain demi kelangsungan konspirasi dongeng,” katanya.

Terdahulu, Sebanyak 110,000 unit ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat Covid-19 disahkan akan tiba pada bulan ini.

Menurut KKM, ubat tersebut digunakan bagi merawat pesakit positif Covid-19 yang mempunyai gejala ringan hingga sederhana dan disyorkan bagi orang dewasa serta individu yang berisiko tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI