fbpx

Borang Bayaran Cukai Pegangan boleh dimuat turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuat naik Borang Bayaran Cukai Pegangan di bawah Seksyen 107D dan Seksyen 109DA ACP di portal rasminya.

Katanya dalam satu kenyataan, untuk memuat turun dokumen tersebut di pautan www.hasil.gov.my, orang ramai perlu klik menu Borang, Muat Turun Borang dan akhirnya Cukai Pegangan.

“Sebelum membuat pengisian Borang CP107D, pembayar perlu memastikan penerima mempunyai nombor cukai pendapatan.

“Sekiranya penerima tidak mempunyai nombor cukai pendapatan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my/,” katanya hari ini.

Menurut LHDN, bagi akaun potongan pendapatan yang diterima daripada agihan oleh Unit Amanah Dana Pasaran Wang Runcit (RMMF) di bawah seksyen 109DA ACP, pembayar perlu mengisi Borang CP37E(R) atau CP37E(NR) sahaja.

“Pembayar tidak perlu mengemukakan lampiran bersama-sama dengan Borang CP37E(R) atau CP37E(NR),” katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI