fbpx

Sikap pemurah Lee Byung-Hun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE BYUNG-HYUN

PELAKON ikonik, Lee Byung-hun baru-baru ini mendermakan sejumlah wang kepada mangsa insiden kebakaran hutan yang berlaku di daerah Gangwon dan Gyeongsanbuk-do, Korea.

Bintang Inside Men itu dilaporkan menghulurkan derma sebanyak 100 juta KRW (RM343,324) bagi membantu mangsa kebakaran hutan di luar kawalan yang berlaku di daerah tersebut.

Kebakaran hutan itu dipercayai bermula di Uljin, daerah Gyeongsanbuk-Do sebelum merebak ke Samcheok, Gangwon kerana angin kencang.
The Hope Bridge National Disaster Relief Association hari ini mengesahkan bahawa pemberian ikhlas Byung-hun itu akan disalurkan sebagai bantuan kecemasan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Jelasnya, duit bantuan akan digunakan untuk membina pusat penempatan sementara buat mangsa kebakaran.

Dalam pada itu, pelakon Mr. Sunshine itu dikatakan bakal digandingkan dengan aktres jelita, Shin Min-ah dalam drama terbaharu tvN berjudul Our Blues pada 9 April ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI