fbpx

Kanak-kanak hidap kanser bergelar ‘bomba’ pada hari ulangtahun kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syakir (tengah) ketika 'bertugas' di Balai Bomba dan Penyelamat Sepang hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA SEPANG

SEPANG – Hasrat seorang kanak-kanak pesakit kanser tulang, Muhammad Syakir Rendra, 7, untuk bergelar seorang anggota bomba tercapai apabila dia diberi peluang ‘bertugas’ di Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, hari ini.

Lebih manis, impian itu berjaya di tunaikan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang kebetulan jatuh pada hari ini.

Pada program itu, Muhammad Syakir kelihatan bergaya dengan seragam lengkap bomba selain turut diberi kesempatan mengendalikan salur bantu mula (hose) dan menaiki jentera bomba.

Detik manis itu turut disaksikan ibu bapanya, Nur Shuhada Ahmad Zawawi, 28, dan Rendra Mohd Rasip, 27, serta dua orang adiknya, Muhammad Syahir, 4, dan Nur Shaheera, 2.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Azrul Faizal Bin Maarif serta 12 orang pegawai dan anggota bomba balai berkenaan.

Nur Shuhada ketika dihubungi berkata, dia berterima kasih kepada anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sepang kerana membantu merealisasikan hasrat anaknya sulungnya itu.

Katanya, anaknya mengakui sangat teruja dan seronok pada hari ini kerana impiannya selama ini sudah tercapai.

“Sejak kecil dia sangat minat dengan bomba dan teruja setiap kali mendengar siren kecemasan bomba malah, dia juga bercita-cita untuk berkhidmat sebagai anggota bomba,” katanya yang juga kerani sekolah di sebuah sekolah rendah di sini.

Katanya, anaknya disahkan menghidap kanser tulang pada Oktober tahun lalu dan kini sudah melengkapkan 12 rawatan kimoterapi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI