fbpx

Jatuh terduduk ketika cuba tarik lori masuk sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika sebilangan lelaki menarik sebuah lori yang termasuk di dalam sawah padi. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario sebilangan lelaki yang cuba membantu menarik sebuah lori yang tersekat di dalam sawah padi, lapor laman berita Suara.com. 

Video yang dimuat naik di akaun Instagram bernama @infokediriraya itu dirakam di sebuah jalan raya yang dikelilingi sawah padi.

Penduduk di kawasan tersebut dilihat sedang membantu mengalihkan sebuah lori yang terjatuh ke dalam sawah padi menggunakan tali panjang yang diikat pada kenderaan berkenaan.

Rakaman kemudiannya menunjukkan sebilangan lelaki yang berbaris memegang tali itu sehingga ada yang terpaksa masuk ke dalam sawah padi.

Ketika menarik tali berkenaan, tiba-tiba ia terputus dan tercabut daripada lori itu lalu menyebabkan semua lelaki tersebut jatuh terduduk.

Mereka kemudian ketawa disebabkan kejadian yang berlaku sebelum bangun untuk mengikat tali itu kembali. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Maaf saya tergelak,’’ tulis seorang netizen.

“Gotong-royong, yang melihatnya boleh ketawa,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI