fbpx

Harga nikel melonjak seperti roket kerana perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kepingan nikel keluaran syarikat Rusia, Kola MMC di bandar Monchegorsk pada 25 Februari 2021. - AFP

LONDON – Harga nikel melonjak seperti roket sekali gus mencatat rekod baharu hari ini berikutan kebimbangan mengenai pengeluaran oleh Rusia ketika konflik Ukraine mendorong pasaran komoditi melambung tinggi.

Logam itu yang digunakan untuk membuat besi tahan karat dan bateri kenderaan elektrik, diniagakan pada harga AS$101,365 (RM423,655) setan untuk seketika, meningkat hampir dua kali ganda daripada paras tertinggi pada tahun 2007.

Ia kemudian lega dan diniagakan sekitar  AS$82,195 (RM343,534) satu tan.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan sekatan Barat terhadap Moscow mencetuskan huru-hara dalam pasaran komoditi, menyebabkan harga semua barangan daripada minyak kepada gas hinggalah aluminium dan gandum melonjak, manakala pasaran ekuiti pula menjunam.

Rusia merupakan pengeluar nikel ketiga terbesar di dunia, kata penganalisis firma pengurusan aset OFI, Benjamin Louvet.

“Setakat ini, pengeluar logam utama di Rusia dikecualikan daripada sekatan Barat tetapi banyak syarikat dalam sektor ini diterajui kelompok oligarki (elit) yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin.

“Impak sekatan Barat adalah signifikan memandangkan 37 peratus eksport Rusia adalah ke Belanda dan 16 peratus lagi ke Jerman,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI