fbpx

Dua individu terima rasuah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ketua perancang bahagian syarikat penghantaran dan bekas ketua bahagian syarikat penghantaran kargo direman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah. FOTO IHSAN SPRM.

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Perancang Bahagian sebuah syarikat penghantaran dan bekas Ketua Bahagian sebuah syarikat penghantaran kargo masing-masing direman lima dan enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki menerima wang suapan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap suspek masing-masing berusia 43 tahun dan 57 tahun selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua perancang bahagian itu direman selama enam hari sehingga Ahad ini manakala bekas ketua bahagian itu pula dibenarkan reman sehingga Sabtu dibawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Menurut sumber, ketua perancang bahagian itu disyaki menerima rasuah daripada syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 sebagai balasan membantu bagi mendapatkan kerja penyediaan perkhidmatan pengangkutan syarikatnya.

“Ia membabitkan projek bernilai lebih RM29 juta manakala bekas ketua bahagian itu pula dipercayai menerima rasuah daripada sebuah syarikat antara 2017 hingga 2018 sebagai balasan untuk melantik syarikat itu bagi pajakan dua pesawat Boeing sebagai pengganti kepada pesawat sedia ada.

“Ia membabitkan nilai projek berjumlah AS$128,000 sebulan (RM535,360),” katanya kepada Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI