fbpx

Banyak musibah berlaku, Nora Danish tolak sambutan hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA menyambut ulang tahun ke-40 semalam.

PETALING JAYA – Aktres jelita Nora Danish menolak untuk mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya ke- 40 pada tahun ini sebagai menghormati segala musibah yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Perkara tersebut didedahkan suaminya, Nedim Nazri Aziz menerusi satu ucapan istimewa buat isterinya dalam Instagram semalam.

“Untuk wanita teristimewa. Pada mata saya, awak masih sama seperti hari pertama kita bertemu.

“Hanya satu perkara yang berubah iaitu rasa cinta terhadap awak. Semakin saya kenali awak, semakin saya mencintai awak,” katanya.

Bersyukur dikurniakan seorang isteri yang hebat, Nedim memberitahu Nora telah mengubahnya menjadi seorang individu yang lebih baik dari sebelum ini.

Malah, dia juga memberitahu tiada sebarang majlis hari jadi diadakan kerana Nora menghormati semua kejadian buruk yang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

“Hidup awak penuh dengan keberkatan dan awak ialah satu pemberian hebat daripada Tuhan yang telah mengubah saya menjadi lelaki lebih baik sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kita.

“Awak menolak untuk meraikan hari jadi kerana menghormati semua musibah di seluruh dunia. Saya cintakan awak,” katanya lagi.

UCAPAN terima kasih Nora buat suami yang sanggup melakukan kejutan sempena hari lahirnya yang ke-40 walaupun tanpa sambutan seperti selalu.

Menerusi hantaran tersebut, Nedim berkongsi sebuah video nyanyian penyanyi Indonesia, Yan Josua mendendangkan lagu Hal Hebat istimewa buat Nora.

Sementara itu, Nora turut bersyukur kerana dikurniakan seorang suami seperti Nedim dalam hidupnya.

“Saya bertuah memiliki awak sebagai suami. Kita telah bersama lebih sembilan tahun. Saya cintakan awak dan maafkan doasa-dosa saya,” tulisnya.

Sebagai info, tarikh kelahiran Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif ialah pada 7 Mac.

Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Nora mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram (hasil perkahwinan pertama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli).

Sementara, Mohamed Neqayl pula hasil perkongsian hidup dengan Nedim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI