fbpx

Addy Kana didenda maksimum RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Addy Kana ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau dikenali ‘Datuk’ Addy Kana didenda maksimum RM10,000 di Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah tidak melapor permintaan rasuah sebanyak RM110,000, tiga tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh turut mengarahkan hukuman penjara empat bulan sekiranya Zaidi, 38, gagal menjelaskan denda terbabit. Dia membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada lima orang cahaya mata itu didakwa tanpa alasan munasabah tidak melaporkan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis suatu permintaan suapan wang tunai di sebuah hotel di Puchong pada Julai 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25(3) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(4) akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Zaidi yang merupakan seorang pekerja kepada ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan berunsur tidak bermoral dan perjudian telah bertemu dengan seorang penguatkuasa.

Penguatkuasa tersebut telah meminta suapan RM110,000 setiap bulan dengan tujuan tidak mengambil tindakan atas perniagaan majikannya dan Zaidi tidak melaporkan perbuatan itu kepada SPRM atau polis.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Zaidi yang diwakili Peguam Effa Azuin Aidrul Hisham memohon hukuman dalam bentuk denda dan sedia membayarnya.

Sementara itu, sumber memberitahu, pihak SPRM juga dalam proses melucutkan hak aset beliau bernilai kira-kira RM1 juta. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI