fbpx
Violeta baru dilahirkan ketika suaminya sudah bergelar pelajar universiti. - TikTok @violetaekanjani.

Isteri baru lahir ketika suami masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang wanita menjadi tular di media sosial Indonesia kerana berkongsi gambar lama memaparkan wajahnya ketika bayi pada tahun sama suaminya bergelar pelajar di institusi pengajian tinggi, lapor portal Wolipop semalam.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman  TikTok, wanita tersebut, Violeta, 27, berkongsikan beberapa gambar yang jelas menunjukkan perbezaan umur antara dirinya dan suami  iaitu jarak 18 tahun.

“Sabar, mungkin (jodoh) anda masih di peringkat embrio,” kata Violeta.

Tambah wanita itu, dia baru dilahirkan ketika suaminya telah memulakan kuliahnya.

“Suami sudah semester empat, saya baru boleh merangkak,” ujarnya.

Menurut wanita itu, dia berasa gembira kerana bertemu jodoh dengan suaminya pada usia 22 tahun meskipun lelaki itu telah berusia 40 tahun ketika itu.

“Bertemu ketika umur saya 22 tahun. Siapa tahu, mungkin jodoh anda belum lahir,” katanya.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Bagi kaum adam yang belum berkahwin, sabar ya. Mungkin jodoh anda belum atau baru sahaja lahir,” kata seorang netizen.

“Tapi suami anda tidak kelihatan tua,” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI 

POPULAR