fbpx

Hamil luar rahim, Shima Anuar terpaksa gugurkan kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIMA ANUAR

PETALING JAYA – Pelakon Shima Anuar reda rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila mengalami kehamilan luar rahim.

Disebabkan itu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Hashimah Anuar, 31, terpaksa menjalani pembedahan untuk mengugurkankan kandungan di sebuah hospital semalam.

Menerusi satu posting dalam Instagram, Shima turut memuat naik sekeping gambarnya berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan selepas menjalani pembedahan.

“Ia (pembedahan) sangat menyakitkan. Masih di ICU. Saya kehilangan darah semasa pembedahan semalam dan saya hilang bayi dalam kandungan disebabkan kehamilan di luar rahim.

“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Saya orang yang kuat kan?,” tulis Shima.

Terdahulu sekitar tiga minggu lalu Shima yang kini sedang hangat dengan drama Suamiku Lelaki Pendosa  begitu teruja berkongsi berita gembira kehamilan ketiganya.

Pelakon itu  juga terpaksa membatalkan tawaran lakonan yang diterimanya selepas dinasihatkan oleh doktor supaya lebih banyak berehat demi kesihatan diri dan anak dalam kandungannya.

Keputusan tersebut juga diambil Shima kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19 yang semakin tinggi.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI