fbpx

Perang Ukraine dibimbangi cetus krisis makanan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK Ukraine menerima makanan di pusat pelarian sementara di bandar Tiszabecs, Hungary pada 3 Mac lalu. - AFP

ROM, Itali – Program Makanan Dunia (WFP) kelmarin memberi amaran mengenai krisis makanan yang bakal dihadapi di zon-zon konflik di Ukraine, manakala gangguan pengeluaran dan eksport pula boleh menyebabkan bekalan makanan global terjejas.

“Adalah tragis untuk menyaksikan kelaparan muncul di negara pengeluar makanan utama di Eropah (Ukraine).

“Peluru dan bom (perang) di Ukraine boleh membawa krisis makanan dunia ke tahap yang belum pernah kita saksikan sebelum ini,” kata Pengarah WFP, David Beasley.

Agensi berpangkalan di Rom itu menubuhkan hab di negara-negara Eropah Timur  untuk menghantar makanan ke Ukraine dan  membantu pelarian.

Rusia dan Ukraine  bersetuju untuk mewujudkan koridor kemanusiaan Khamis lalu, lapan hari selepas Kremlin menceroboh Ukraine dan mencetuskan  gelombang pelarian menuju ke negara-negara jirannya.

Terbaharu, terdapat laporan mengenai  ‘kekurangan serius’ makanan dan air di Kiev dan bandar Kharkiv, timur Ukraine, kata WFP dalam satu kenyataan. 

Rusia dan Ukraine membekalkan sekitar 29 peratus bekalan gandum dunia, justeru gangguan dalam bekalan dan eksport boleh menyebabkan harga makanan melambung tinggi.

Menurut WFP, harga makanan yang kini di paras tertinggi sejak 10 tahun lalu dijangka akan terus meningkat.

“Situasi tersebut akan menghakis jaminan makanan untuk berjuta-juta penduduk dunia terutamanya mereka yang berada di bawah tekanan disebabkan kadar inflasi yang tinggi di negara masing-masing,” kata WFP.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut, kenaikan harga makanan menyebabkan pihaknya perlu menanggung kos operasi antara AS$60 juta (RM250 juta ) hingga AS$75 juta (RM313 juta) sebulan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI