fbpx

Pecut kereta di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat Balik Pulau yang tular di media sosial hari ini.

BALIK PULAU – Sebuah kereta dipercayai tersilap lorong apabila dipandu di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini.

Kejadian berkenaan dirakam pengguna jalan raya sebelum video dimuat naik ke laman sosial hari ini.

Menurut perkongsian di sebuah akaun Facebook, kejadian membabitkan kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu itu didakwa berlaku hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan. Berdasarkan rakaman berdurasi kira-kira 30 saat itu, kereta tersebut dilihat dipandu laju di lorong motosikal.

Tindakan itu mendapat respon orang ramai apabila ada yang mendakwa pemandu berkenaan berkemungkinan tersilap lorong selain segelintir mengecam tindakan pemandu itu.

Manakala, ada pengguna media sosial yang mendakwa terdapat kekeliruan bagi lorong motosikal dan kenderaan lain di jambatan tersebut.

“Saya pun keliru untuk lorong motosikal. Lorong mana satu yang nak ikut sebab ada empat simpang hendak masuk laluan motosikal. Pernah saya berpatah balik kerana tidak jumpa lorong motosikal,” kata Yasin Manab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI