fbpx

Majlis amal Anuar Zain sumbang RM130,000 pada petugas hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar (kanan) pada Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta 2022 di Ipoh International Convention Centre (IICC).

IPOH – Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta 2022 di Ipoh International Convention Centre (IICC) berjaya mengumpul RM130,000 untuk disumbangkan pada petugas barisan hadapan negeri Perak.

Konsert amal malam tadi anjuran bersama Bond Holdings Sdn. Bhd. (Bond Holdings), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad.

Bond Holdings dalam satu kenyataan memberitahu, majlis amal itu juga bertujuan membantu penggiat seni tempatan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan itu, pihak penggiat seni yang terjejas diwakili oleh People Of Remarkable Talent (PORT) yang menerima sumbangan RM40,000.

“Sumbangan sebanyak RM20,000 pula disampaikan kepada Polis Diraja Malaysia yang diterima Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Pahlawan Azizi Mat Aris.

“Sebanyak RM30,000 disampaikan kepada Kementerian Kesihatan negeri Perak berupa barangan keperluan manakala Hospital Raja Permaisuri Bainun pula RM30,000.

“Turut menerima sumbangan ialah Angkatan Pertahanan Awam negeri Perak sebanyak RM10,000,” ujar kenyataan tersebut.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan hadir pada majlis yang bermula pukul 8.30 malam itu.

Turut berangkat hadir Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI