fbpx

Mentaliti Chelsea tidak akan berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANTE (kanan) mengakui keputusan dibuat Abramovich mengejutkan tetapi ia tidak mengubah sikap pemain Chelsea untuk memburu kemenangan. – AFP

LONDON – Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante mengakui dia dan rakan sepasukan lain masih lagi terkejut dengan keputusan Roman Abramovich untuk menjual kelab itu, namun perkembangan itu langsung tidak me­ngubah mentaliti pemain.

Berita mengenai keputusan pemilik kelab itu nyata berlaku dalam tempoh singkat dan ia langsung tidak pernah bermain di fikiran setiap pemain, namun Kante menjelaskan fokus pemain perlu kekal di lapangan bagi menghadapi Burnley malam ini.

“Ia sesuatu yang kami tidak jangka. Soal lain adalah di luar kawalan pemain dan hanya satu yang kami boleh lakukan iaitu cuba beraksi de­ngan baik atas padang seperti yang sudah dipamerkan pada perlawanan sebelum ini

“Ini bermakna kami perlu berada pada tahap terbaik demi diri sendiri, kelab dan juga penyokong. Seterusnya, kita lihat apa yang berlaku kerana hanya itu yang mampu kami lakukan,” katanya.

Keputusan Abramovich untuk melepaskan pemilikannya dibuat selepas berlaku pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong Chelsea sekiranya berlaku perpindahan besar-besaran pemain.

Bagaimanapun, bintang antara­bangsa Perancis itu memberi bayangan yang khidmatnya akan terus kekal di Stamford Bridge dan nekad untuk cuba memburu kejuaraan buat pasukan.

“Sejak tiba di kelab ini, saya mengharungi musim yang agak baik bersama pengurus dan juga penyokong. Saya harap kami mampu kekalkannya, kekalkan kemenangan dan dengan cara itu juga kami mampu melihat masa depan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI