fbpx
MENTERI Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan. - itworks.id

Bali hapuskan kuarantin wajib bagi pelancong asing bermula 14 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pelancong asing yang tiba di pulau peranginan Bali, Indonesia bermula 14 Mac ini tidak lagi perlu menjalani proses kuarantin wajib, lapor laman berita Coconuts.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, yang menyelia dasar sekatan Covid-19 di Indonesia, berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi pandu uji sebelum penghapusan kuarantin boleh dilakukan pada skala nasional.

“Projek ini mungkin berjalan seminggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Pelan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada sejauh mana Bali mengendalikan kes Covid-19 pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, Luhut menambah bahawa pulau itu telah menunjukkan kemajuan dari segi meratakan keluk kes COVID-19 serta menunjukkan kadar vaksinasi penuh terbaik berbanding bahagian lain di Indonesia.

Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, seluruh Indonesia akan bebas kuarantin mulai 1 April, tambah Luhut. 

Buat masa sekarang, pelancong asing yang lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak perlu menjalani kuarantin wajib selama tiga hari.- Agensi

POPULAR