fbpx

Sokongan Rusia terhadap Putin meningkat 71 peratus sejak pencerobohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYUDMILA Narusova (kanan) menyebar propaganda di televisyen Rusia, menyifatkan maklumat mengenai perang di Ukraine sebagai ‘pembohongan yang tidak tahu malu’. – RIA Novosti

MOSCOW – Sokongan Rusia terhadap presiden negara itu dilihat melonjak di tengah-tengah pencerobohan ke atas Ukraine, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Satu tinjauan mendedahkan jumlah rakyat yang mempercayai Vladimir Putin meningkat daripada 60 peratus kepada 71 peratus dalam masa kurang daripada dua minggu.

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Yayasan Pendapat Awam (FOM), 18 peratus daripada rakyat negara itu tidak mempercayai Putin, turun daripada 29 peratus pada 20 Februari lalu. Sebanyak 11 peratus daripada mereka pula dilihat sukar menjawab soalan tersebut.

FOM adalah syarikat sosiologi dan penyelidikan pasaran milik negara Rusia. 

Ia dikeluarkan ketika balu kepada mentor politik Putin membidas propaganda di televisyen Rusia, menyifatkan maklumat mengenai perang di Ukraine sebagai ‘pembohongan yang tidak tahu malu’.

Lyudmila Narusova, 69, telah berkahwin dengan seorang ahli politik dan profesor, Anatoly Sobchak yang merupakan bekas datuk bandar St Petersburg. Putin adalah bekas pelajar undang-undang dan timbalan kepada Sobchak sebelum dia meninggalkan Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB). 

Walaupun tinjauan FOM mencadangkan bahawa Putin berpuas hati dengan sokongan baharu semasa pencerobohan dilakukan, bandar-bandar di Rusia sejak kebelakangan ini menyaksikan protes anti-perang yang besar ketika rakyat memenuhi jalan untuk berdemonstrasi walaupun ditangkap dan dilayan secara kejam.

Protes yang sama juga berterusan di seluruh Eropah dan memuncak apabila orang ramai menyeru ahli-ahli politik untuk menghentikan perang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI