fbpx
Suspek berusia 33 tahun ketika dibawa SPRM di reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Rasuah sindiket bitcoin kepada TNB, pengarah syarikat direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR  – Seorang pengarah sebuah syarikat pendawaian direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah sindiket melombong bitcoin kepada pekerja Tenaga Nasional Bhd. (TNB)

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Farahain Roslan terhadap suspek berusia 33 tahun bermula hari ini hingga Ahad selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Menurut sumber, suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini  semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Kelmarin media melaporkan Suruhanjaya SPRM sudah menahan 18 individu bagi membantu siasatan kes suapan rasuah oleh sindiket bitcoin kepada pekerja Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menerusi Ops Power, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, berkata, kesemua suspek lelaki berusia 30 hingga 60 tahun itu adalah warga tempatan dan salah seorang mereka termasuk dalang sindiket berkenaan.

Menurut Azam, siasatan mendapati, suspek dipercayai menawarkan wang rasuah antara RM3,000 hingga RM300,000 kepada pekerja TNB supaya tidak diambil tindakan sebarang tindakan dan membocorkan maklumat operasi.

Dalam operasi itu, SPRM turut merampas wang rasuah berjumlah RM2.37 juta membabitkan 998 premis melombong bitcoin selain wang tunai RM281,180 daripada kesemua suspek yang ditahan selain membekukan aset berjumlah RM4.47 juta aset membabitkan 97 individu, 29 syarikat dan 126 akaun bank selain menyita 1,157 mesin bitcoin bernilai RM2.34 juta.

“Sitaan turut membabitkan nilai e-wallet berjumlah RM82,000 dan wang kripto bernilai USD 25,893.46 selain lima buah kereta mewah jenis BMW, Honda Accord, Toyota Vellfire, Ford Ranger dan Audi,” katanya.

Azam berkata, pihaknya berjaya mengesan 998 premis melombong bitcoin di seluruh negara yang dikesan mencuri bekalan elektrik dengan cara menggunakan alat khas bagi mengurangkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.

Menurutnya, data TNB mendedahkan kecurian elektrik hasil daripada perlombongan bitcoin ini menyebabkan TNB kerugian sehingga RM2.3 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN