fbpx

Misi Black Panthers buru Piala Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Black Panthers nekad menebus semula kemenangan buat penyokong Pulau Mutiara di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak minggu ini. /FOTO IHSAN STL

GEORGE TOWN – Penang Black Panthers kini dalam misi memburu tiket beraksi di Liga Juara-Juara yang berlangsung di Johor nanti sekali gus nekad membenam pasukan ‘orang lama’ pada minggu akhir, kejohanan Liga Premier Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Ipoh esok.

Skuad Harimau Kumbang yang kini berada di kedudukan keempat carta STL akan berdepan dengan pasukan Negeri Sembilan Antlers malam esok dan Bomba Fighter, Sabtu.

Pasukan kendalian Jurulatih, Mohamad Fazil Mohd. Asri dan Ahmad Sufian Napiah itu perlu memperoleh kemenangan ke atas dua perlawanan menentang Naib juara dan Juara Divisyen 1 musim lalu itu bagi kekal berada di Liga Premier musim depan.

Black Panthers yang dikatakan bakal menggandingkan trio iaitu Aakasit Naphon (perejam), Muhammad Zaim Mohd. Razali (pengumpan) dan Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican (tekong) nekad menebus kekalahan semasa menentang Kuala Lumpur Thunders baru-baru ini.

Dalam perlawanan di Spice Arena, Bayan Baru di sini Ahad lalu, Black Panthers dengan mudah dijinakkan juara Liga Premier 10-21, 12-21 menerusi gandingan tekong Kebangsaan, Syahir Rosdi, Amirul Zazwan (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam).

Pengurusnya, Mohd. Kyairil Ridzuan Haron berkata, misi utama pasukan adalah kekal tersenarai dalam Liga Premier musim depan sekali gus layak beraksi di Piala Juara-Juara pada 20 hingga 26 Mac ini di Johor.

Menurutnya, persiapan telah dilakukan termasuk membuat ‘post mortem’ daripada kekalahan menentang Thunder di hadapan para penyokong sendiri Ahad lalu.

“Semangat pemain semakin berkobar-kobar untuk perlawanan minggu kelapan dan mahu buktikan kepada penyokong Pulau Mutiara yang mereka mampu membenam pasukan lawan dan mahu menebus semula kekalahan.

“Memang tidak dapat dinafikan, perlawanan bertemu pasukan Antkers dijangka esok. Pasukan itu (Antlers) beraksi atas pengalaman yang diperoleh mereka manakala kita pula bermain atas bakat pemain-pemain muda.

“Esok adalah misi bagi semua pasukan berentap untuk kekal beraksi di Liga Premier dan Piala Juara-Juara. Kerancakkan perlawanan akan dapat dilihat pada akhir minggu kelapan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI