fbpx
PERDANA Menteri Finland, Sanna Marin berucap pada sidang akhbar di Helsinki baru-baru ini selepas keputusan untuk membekalkan senjata ke Ukraine. – AFP

Finland pertimbang jadi anggota NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HELSINKI – Finland menyuarakan hasrat untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas mengemukakan petisyen tindak balas kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor akhbar Daily Mail.

Langkah untuk membahaskan keahlian Finland dalam NATO diteruskan walaupun Rusia memberi amaran serupa seperti yang dilakukan kepada Ukraine.

Ahli parlimen Finland membincangkan kemungkinan negara itu menyertai NATO selepas undian membawa kepada perubahan sejarah berkenaan sikap dalam tradisi negara tidak bersekutu itu. 

Perdana Menteri Finland, Sanna Marin berkata bahawa peralihan pendapat Finland mengenai keahlian NATO telah dipengaruhi oleh pergerakan tentera Rusia di Ukraine.

“Persoalannya, jika Rusia melintasi sempadan Finland, adakah kami akan bersendirian atau bersama orang lain,’’ jelas Marin.

Finland berkongsi sempadan darat yang panjang dengan Rusia dengan dua negara itu pernah berperang antara 1939 hingga 1940 yang menyebabkan kerugian besar ke atas tentera Soviet.

Rusia pula mengancam Sweden dan Finland dengan ‘akibat ketenteraan’ jika menyertai NATO. Kedua-dua negara itu telah menolak sebarang campur tangan Rusia dalam dasar keselamatan luar negara mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN