fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan terhadap beberapa daerah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, bagi Perak amaran itu dikeluarkan terhadap Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang). Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

“Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN