fbpx

Sean Penn berjalan kaki ke sempadan Poland, rakam dokumentari perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEAN Penn berkongsi gambar perjalanannya ke sempadan Poland untuk merakam dokumentari pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. - Twitter/newsweek.com

KIEV – Pelakon Amerika Syarikat (AS), Sean Penn mendedahkan bahawa dia telah berjalan beberapa kilometer ke sempadan Poland untuk merakam sebuah dokumentari mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, dia dan kru-kru filemnya memutuskan untuk meninggalkan kereta mereka dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selepas melihat ribuan penduduk Ukraine menyelamatkan diri dalam barisan sepanjang beberapa kilometer.

Menerusi ciapan di laman Twitter kelmarin, Penn menerangkan bagaimana kereta-kereta dipenuhi dengan wanita dan kanak-kanak, dengan satu-satunya harta mereka adalah kenderaan yang mereka naiki.

“Saya dan dua rakan sekerja berjalan berberapa kilometer ke sempadan Poland selepas meninggalkan kereta kami di tepi jalan.

“Hampir semua kereta dalam gambar ini dipenuhi wanita dan kanak-kanak sahaja, kebanyakannya tanpa bagasi dan kereta adalah satu-satunya milik mereka yang bernilai,’’ tulis Penn pada muat naik yang dikongsikan beserta gambarnya menyeret beg pakaian.

Penn telah menjalankan penggambaran dokumentari mengenai ketegangan yang semakin memuncak di Ukraine sejak November tahun lalu. Ia diterbitkan oleh VICE Studios Production dengan kerjasama VICE World News dan Endeavor Content. 

Ia berlaku selepas Penn menggelar perang oleh Presiden Vladimir Putin ke atas Ukraine sebagai ‘kesilapan kejam’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI