fbpx

Projek PLSB bukan faktor bah bulan Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan pacuan empat roda mengharung banjir di Kampung Bakong, Pasir Mas semalam. FOTO ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menafikan banjir buruk yang melanda daerah ini sejak Jumaat lalu berpunca dari Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 seperti yang didakwa oleh penduduk.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek tersebut sebaliknya didapati telah berjaya mengurangkan banjir.

Menurutnya, berdasarkan data terkini, projek Fasa 1 itu telah berjaya menyelamat 38 buah kampung di kawasan Tumpat dengan bilangan penduduk berpindah daripada 4,000 orang kepada 300 orang sahaja ketika ini.

“Bagaimanapun, tiada langsung mangsa banjir yang terlibat di Tumpat pada Disember lalu ekoran daripada projek itu.

“Pembinaan Fasa 1 ketika ini telah mengambil kira kawasan paling rendah iaitu kawasan hilir dan mudah dilimpahi air Sungai Golok berbanding Fasa 2 di bahagian utara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim memberitahu, Fasa 2 projek itu meliputi Bandar Rantau Panjang, Kampung Lanchang sehingga ke Ayer Lanas, Jeli

Katanya, langkah itu dilihat sebagai penyelesaian menyeluruh untuk mengatasi masalah banjir daripada limpahan air Sungai Golok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI