fbpx

Aksi derbi bakal penentu nasib United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu memburu kemenangan pada aksi bertemu City untuk memastikan mereka kekal berada dalam kelompok empat pasukan terbaik. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menegaskan mereka wajib menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini bagi terus memberi tekanan ke atas pasukan tempat ketiga, Chelsea.

The Red Devils berada dalam situasi tidak menentu ketika ini apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Watford yang berada di zon penyingkiran.

Justeru, Fernandes menggesa rakan sepasukan agar menampilkan aksi lebih baik dalam aksi derbi itu nanti bagi menghidupkan peluang mereka untuk terus berada dalam kelompok empat pasukan teratas dan melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami sangat kecewa ketika aksi bertemu Watford kerana bola seolah-olah tidak mahu menerjah ke gawang mereka. Kami terpaksa berpuas hati walaupun hanya mendapat satu mata.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kami banyak tercicir mata dalam perebutan tempat ketiga liga. Sekiranya ia dimanfaatkan, kami mungkin lebih rapat dengan Chelsea sekarang,” kata pemain antarabangsa Portugal itu.

Fernandes berharap sasaran tempat ketiga itu mampu memberi suntikan semangat buat pemain-pemain United bagi menampilkan aksi terbaik apabila turun bertemu City di Stadium Etihad nanti.

“Sekarang kami tidak boleh fikir mengenai berapakah jumlah mata yang kami ada kerana perlawanan seterusnya sangat penting. Kami mahu menang dan dapatkan tiga mata,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI