fbpx

90 peratus zarah Covid-19 boleh tembusi pelitup muka fabrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYELIDIK juga tidak mengesyorkan pelitup muka pembedahan kerana tidak sesuai dan sering meninggalkan jurang yang membolehkan zarah yang sepatutnya ditapis melarikan diri. - Getty

LONDON – Kajian terbaharu mendapati bahawa pelitup muka fabrik tidak banyak membantu untuk mencegah penularan Covid-19 atau penyakit bawaan udara lain, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Penyelidik dari Universiti Britol di Britain mendapati bahawa 90 peratus zarah boleh menembusi pelitup muka fabrik, menjadikannya tidak begitu berkesan semasa pandemik.

Pelitup muka fabrik telah terkenal di Amerika Syarikat (AS) kerana ia mudah diguna semula selepas dicuci. Ia paling mudah didapati kerana timbul kekurangan bekalan dan harga tinggi untuk pelitup muka perubatan atau N95.

Bagaimanapun kini, pakar-pakar mendapati bahawa pelitup muka fabrik kurang berkesan melawan penularan virus dan mungkin menyumbang kepada penyebaran. 

Kajian itu diterbitkan semalam menerusi jurnal Physics of Fluids. Penyelidik-penyelidik membina simulasi aliran udara menggunakan pengimejan 3d untuk mengukur sejauh mana pelitup muka berbeza yang diguna semasa pandemik menapis zarah.

Menurut mereka, pelitup muka fabrik tidak dihasilkan oleh bahan yang mampu menapis zarah berbanding pelitup muka perubatan atau N95.

Ia diperbuat daripada fabrik yang ditenun dengan ketat. Walaupun tidak kelihatan dengan mata, celah kecil pada fabrik sudah cukup untuk membolehkan sebahagian besar zarah tembus.

“Pelitup muka adalah penapis udara dan fabrik tenunan seperti kapas digunakan untuk menghasilkan jean, baju dan pakaian lain. Ia adalah penapis udara yang teruk,’’ demikian kenyataan pengarang bersama kajian dan ahli fizik di Universiti Surrey, Richard Sear.

“Lapisan penapis pelitup muka N95 diperbuat daripada gentian 5 mikrometer dengan celah yang 10 kali jauh lebih kecil. Ini menjadikannya lebih baik untuk menapis zarah kotor dari udara, termasuk yang mengandungi virus,’’ jelas Sear. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI